RSS Subscription

Subscribe via RSS reader:
Subscribe via Email Address:
 
Featured Post

Rahsia Utama Kejayaan Perniagaan dan Pemasaran di Facebook

Posted By Azrisham On 1:35 AM 0 comments
Semakin ramai orang Malaysia yang berniaga di Facebook. Ada yang dapat untung besar, ada yang dapat hasil suam-suam kuku dan ada juga yang gagal mendapat sebarang hasil yang memuaskan.

Kata bijak pandai, kejayaan ada caranya, kegagalan ada sebabnya. Dalam artikel ini, kita akan perhalusi satu faktor kejayaan dalam perniagaan di Facebook, iaitu “fokus”.

Fokus bermaksud tidak melakukan perkara yang tidak berkaitan dan yang tidak dirancang. Kita hanya melakukan perkara dan tindakan yang mengarah kepada hasil yang disasarkan.

Contohnya kita mahu hasil RM500 sehari melalui jualan di Facebook. Maka apakah tindakan dan usaha yang perlu dilakukan?

Untuk berjaya berniaga di Facebook ataupun berjaya melakukan pemasaran bisnes di Facebook, terdapat beberapa perkara yang perlu kita ambil serius:

1. Fokus pada satu jenis produk sahaja untuk satu Facebook Page

Contohnya, untuk Facebook Page A, kita hanya jual produk pakaian wanita sahaja, manakala di Facebook Page B, kita jual produk pakaian untuk lelaki dewasa. Begitulah bagi lain-lain jenis produk.

Tujuan kita fokus satu jenis produk pada satu page adalah agar prospek tidak keliru dan kita pula mudah menguruskan jualan dengan lebih lancar. Selain itu, proses pemasaran seperti melalui pengiklanan Facebook Ads akan lebih fokus dan menumpu.

2. Fokus pada perancangan

Umpama pasukan tentera dalam satu peperangan kalah dan menang di medan peperangan, sudah pasti mereka akan berbekalkan perancangan dan strategi tersendiri. Apakah yang akan berlaku apabila mereka tidak mengikuti strategi yang telah ditetapkan? Sudah pasti pasukan itu akan kacau bilau, hilang tumpuan dan akhirnya boleh kecundang.

Begitu juga kita dalam perniagaan di Facebook. Apabila kita telah mempunyai perancangan yang telah jelas dan teratur, tanggungjawab kita adalah mengikut perancangan itu sepenuhnya. Lakukan tindakan yang dirancang mengikut caranya dan pada masa yang ditetapkan.


3. Pastikan fokus pada tujuan bisnes sahaja.

Betapa ramai usahawan yang mahu menjadi ‘hero’ di Facebook dengan menulis hal-hal politik, isu semasa dan sebagainya. Tiada halangan untuk itu, tetapi apabila kita sudah terlebih sudu daripada kuah, kita akan rugi. Perniagaan kita akan terabai, perancangan hanya tinggal perancangan, dan banyak lagi kerugian akan berlaku.

Elakkan terlibat dengan perbincangan isu-isu semasa di Facebook. Perbincangan sebegini di Facebook akan menjadi sia-sia tanpa ada kawalan dan tujuan yang satu. Jika anda mahu terlibat dengan politik semasa dan seumpamanya, medan sebenar adalah di dunia nyata, bukan di Facebook.

Banyak menulis isu-isu panas di Facebook hanya akan menimbulkan ketegangan , selain banyak maklumat yang ditokok tambah dan diselewengkan. Selain itu, biar pihak yang lebih arif sibuk dengan sesuatu isu. Tugas kita pula adalah menjana ekonomi diri sendiri, keluarga dan negara.

Setkan minda, apabila kita berada di Facebook, tujuan kita hanyalah satu, iaitu untuk bisnes sahaja. Apabila kita serius untuk fokus, kita bukan sahaja meraih kejayaan untuk diri sendiri, malah mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Ini juga usaha dakwah dan perjuangan, secara halus.

Berniaga di Facebook: Kepada Siapa Anda Menjual?

Posted By Azrisham On 12:56 AM 0 comments
Salah satu punca kegagalan dalam menjual produk di Facebook adalah kerana usahawan dan peniaga tidak begitu jelas sasaran pelanggan mereka.



Untuk memastikan proses pemasaran tidak sia-sia, kita perlu sejelasnya ‘mengenali’ siapakah pelanggan yang setepatnya. Kita tidak boleh promosikan secara umum begitu sahaja kerana tidak semua orang sesuai atau memerlukan produk yang kita jual.

Sasaran pelanggan kita haruslah tepat dan menumpu. Contohnya, jika kita menjual pakaian muslimah, pakaian itu lebih sesuai untuk siapa? Katakan pakaian itu lebih sesuai untuk wanita muslimah yang berumur 25 hingga 35 tahun dan bekerjaya. Maka itulah sasaran kita yang sebenar.

Bagaimana cara untuk mengetahui siapakah sasaran kita yang sebenar?
1. Senaraikan tujuan, kelebihan dan fungsi produk yang dijual. Daripada senarai itu, kita akan mula tahu siapa yang lebih sesuai untuk menggunakan produk tersebut.
2. Kita sendiri yang takrifkan. Katakan kita menjual minuman kesihatan yang baik untuk kecergasan sama ada wanita ataupun lelaki. Walaupun ia sesuai untuk lelaki dan wanita, kita boleh lakukan pemasaran dengan menumpu kepada satu jantina sahaja dan untuk golongan berumur tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan melalui mesej promosi kita seperti ayat iklan.
3. Gunakan fungsi “Facebook Ads Optimization” adalah umpama menggunakan senapang penembak tepat (sniper rifle). Kita boleh menentukan siapa yang boleh membaca iklan itu. Jika kita menjual pakaian wanita, kita boleh tentukan iklan itu untuk pengguna Facebook yang berjantina wanita sahaja. Gunakan Teknik Facebook Ads Optimazation boleh membantu menghasilkan jualan yang berlipat kali ganda.
Teknik Facebook Ads Optimazation di sini -->> http://bisnescyber.com/teknikfbo

Kesimpulan
Sebelum kita mula melakukan pemasaran dan promosi, kita perlu jelas dengan sasaran pelanggan yang kita mahukan. Daripada situ, barulah kita mudah untuk mendapat jualan kerana mesej iklan yang kita tulis (sampaikan) adalah terus tepat dan mengena.